Blogger Backgrounds

Sunday 17 June 2012

SENYUM UNTUK AYAH


AYAH.. selamat hari ayah untuk ayah.
walau jarang bicara, waimah bergelak ketawa,
terima kasih kerana bersusah payah besarkan kami semua,
tpaksa buat banyak kerja, sakit-sakit,
perit jerih kau tak tunjuk,
tapi kami kau dah bentuk,

jujur..
walau kita xpernah gelak bersama,
macam orang lain,
tapi aku syukur,
nampak apa yang cuba kau sampaikan,

terima kasih ayah...
aku sayang ayah..
kami sayang ayah..

nota tangan:
dulu, masa kecik2, hidup kami sekeluarga taklah senang sangat. masa tu pon, gaji ayah cukup2 aje mak kata. so ayah banyak buat kije sampingan untuk sara hidup kami sekeluarga. dulu, masa kecik aku terasa hati, jeles dan macam2 lagi dengan kawan2 dan keadaan amili kita orang. sedih woo.. sampai nak mintak beli gasing pon terpaksa menipu, kata cikgu suruh beli untuk eksperimen kat sekolah, last2 kena belasah pasal menipu. mana tidaknye, ayah tukang sapu kat sekolah yang aku belajar tu, jadi terang2 la ayah tau, haha..

balik kepada cerita asal, aku sampai adik aku y no3. kami ayah didik dengan cara yang agak kasar sikit, so sampai sekarang aku dengan ayah kurang rapat sangat, berbanding dengan adik2 aku y no4 dan seterusnya. so, kadang2 tu ada jugak rasa jeles dan aku pernah persoalkan benda tu dekat mak, aku tanya "kenapa la ayah garang dengan kita orang, tapi tak dengan adik2 yang lain" mak jawab dengan gaya seorang ibu yang berkaliber, "long, ayah jadi macam tu sebab time tu, kita hidup tak senang, jadi ayah kena tegas sebab tak nak anak2 dia hidupnya macam dia, jadi dia terpaksa jadi garang untuk pastikan anak2 dia berjaya, sekarang ni ayah ubah jadi lebih lembut sebab kewangan dah ok, anak2 dia pon dah ramai yang lepas, lagipon korang semua dah besar, so takkan la nk garang2 lagi kan? pesan mak satu je, ko nak didik anak nanti, ko belajar dari ape yang ko dah lalui, tapi ko sesuaikan dengan zaman ko nanti, satu hari nanti ko akan mengerti!"

sekarang, dah 25tahun aku hidup, ramai kenal kawan, dah tau dunia ni macam mana, aku sangat2 bersyukur sebab ada sorang ayah yang macam ayah sekarang. AYAH, TERIMA KASIH AYAH!